top of page

12 cafe menarik di Kuala Lumpur (2023) #12

  • Writer: Arteffects Media
    Arteffects Media
  • Aug 17, 2023
  • 1 min read

Merancang untuk cafe-hop di sekitar Kuala Lumpur? Jangan risau, Kuala Lumpur memang sesuai untuk diterokai kerana banyak pilihan kafe yang menyediakan pelbagai suasana dan makanan mengikut mood anda – dari cosy dan selesa, hingga ke trendy dan hipster. Jom lihat senarai 12 cafe menarik di Kuala Lumpur seperti disenaraikan oleh MaiSinggah.


#12. 28 Fireplace

28 Fireplace
28 Fireplace

Antara 12 cafe menarik di Kuala Lumpur ialah 28 Fireplace yang terletak di kawasan Ampang. Untuk mendapatkan kopi dan makanan yang memang sedap-sedap belaka, di sini lah anda perlu cuba. Kafe ini direka dengan look yang sangat homely.


Dengan pilihan perabot dan hiasan seolah-olah rumah sendiri, suasananya cukup aman, selesa dan terasa familiar. Membuatkan anda rasa seperti mengunjungi rumah keluarga. Anda pasti datang kembali.


28 Fireplace
28 Fireplace

Makanan dan minuman yang mereka sediakan cukup lengkap. Tidak kira anda datang untuk dapatkan kopi pemula hari anda atau untuk makan pasta di waktu rehat tengah hari, semuanya ada. Menu yang mereka bawakan termasuk all-day breakfast atau sarapan pagi yang boleh dipesan sepanjang hari, sandwich, pasta dan dessert.

Minuman yang mereka tawarkan juga sangat banyak tetapi pilihan kopi yang mereka sediakan memang menjadi tarikan. Kopi mereka diperbuat dari biji kopi Australia dipanggang yang menjanjikan rasa yang robust dan lemak. Jangan lupa untuk cuba!


Alamat: 28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am-7pm (setiap hari)


Nak tahu lagi? Follow kami untuk cafe-cafe seterusnya pada post akan datang. Apa kata NETI? Tuliskan di ruangan komen ya.



Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Instagram
  • X
  • White Facebook Icon

© 2023 Neti. A member of Arteffects Media Group

bottom of page