top of page

32 Tahun bersama, Konsert Exists X Orkestra Disember ini bakal Mengukir Sejarah Tersendiri.

  • Aizat Jaafar
  • Sep 26, 2023
  • 2 min read

Selepas 32 tahun mengukuhkan kerjaya seni mereka sebagai band muzik rakaman profesional, Exists akhirnya mengukir sejarah apabila mereka bakal mengadakan konsert dengan gabungan simfoni orkestra dalam Konsert Exists X Orkestra.


Musa, Mamat, Along, Ajai, Ezad ,Ujang ( Exist) bakal mengukir Sejarah bersama Disember ini.
Musa, Mamat, Along, Ajai, Ezad ,Ujang ( Exist) bakal mengukir Sejarah bersama Disember ini.

Dianjurkan Persatuan Global Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023 ini, bermula jam 8.30 malam. Exists yang dianggotai Ajai, Ujang, Musa, Along, Mamat dan Ezad mengakui bahawa konsert tersebut bakal menjadi satu sejarah peribadi buat diri dan kerjaya muzik mereka.


Exists semasa di  Majlis sidang media pengumuman Konsert Exists X Orkestra
Exists semasa di Majlis sidang media pengumuman Konsert Exists X Orkestra

“Bergabung dengan para pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian sekian lama. Tanyalah kepada mana-mana band, kugiran atau pemuzik, salah satu impian mereka pasti mahu melakukan persembahan konsert atau bergabung dengan orkestra.


Exist
Exist

“Kami fikir dengan sudah banyak melakukan persembahan daripada skala kecil kepada skala besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi dengan orkestra.


Selama ini kami hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menjayakan sebuah persembahan kolaborasi seperti ini. Akhirnya, impian itu tercapai jua. Exists sendiri tidak sabar untuk mencipta sejarah ini.

Jesnita, antara koleksi lagu Exist yang menjadi siulan peminat
Jesnita, antara koleksi lagu Exist yang menjadi siulan peminat

“Apapun terima kasih yang sebesarnya mahu kami sampaikan kepada peminat kerana jika tanpa sokongan dan kepercayaan bahawa Exists masih relevan dan perlu terus hidup dalam industri ini, mungkin Exists tidak akan wujud lagi,” kata Along.




Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Exists memang dilihat cukup aktif mengadakan konsert di dalam dan di luar negara khususnya di Singapura dan Indonesia. Bahkan, mereka juga turut mempamerkan kredibiliti mereka sebagai pemuzik profesional di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.


Konsert bakal dianjurkan Persatuan Global Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023
Konsert bakal dianjurkan Persatuan Global Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023

Untuk Konsert Exists X Orkestra, tiket dijual pada harga Tiket-tiket berharga bermula RM 568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang Www.MyTicket.Asia.


Apa Kata NETI? Cepat- Cepat dapatkan tiket, jom sama-sama layan dan sing along semua lagu Exists guys. Jangan lupa follow & like di media sosial kami yer!

Opmerkingen

Beoordeeld met 0 uit 5 sterren.
Nog geen beoordelingen

Voeg een beoordeling toe
  • Instagram
  • X
  • White Facebook Icon

© 2023 Neti. A member of Arteffects Media Group

bottom of page