top of page

Awas! Kenali 7 petanda anda dibelenggu kemurungan (anxiety)

  • Aizat Jaafar
  • Aug 25, 2023
  • 3 min read

Tahukah anda, sebenarnya terdapat banyak faktor pemicu atau punca penyakit anxiety?


Apakah itu kemurungan atau 'anxiety' ?

Anxiety boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang
Anxiety boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang

Kebimbangan atau anxiety adalah emosi semula jadi yang dialami oleh hampir setiap individu. Ia adalah respons terhadap persekitaran yang tidak pasti atau mengancam, seperti ingin menghadiri temuduga kerja atau menghadapi situasi sosial yang menakutkan. Dalam tahap yang normal, kebimbangan boleh berfungsi sebagai peringatan dan motivasi untuk tubuh bersedia. Akan tetapi, apabila ia menjadi terlalu kuat atau berterusan, ia boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang. Gangguan kebimbangan atau anxiety disorder merupakan salah satu masalah kesihatan mental yang paling biasa di dunia.

Gangguan ini meliputi pelbagai jenis kebimbangan, termasuklah kebimbangan sosial, gangguan kecemasan umum, dan gangguan stres pasca-trauma (PTSD). Gangguan kebimbangan boleh menjejaskan cara seseorang berfikir, merasa, bertindak, dan boleh menimbulkan gejala fizikal yang seriusMemahami punca penyakit anxiety dan bagaimana ia boleh diurus adalah sangat penting bagi menjaga kesihatan mental dan emosi. Artikel ini akan meneroka punca punca anxiety serta cara untuk mengenali dan mengatasinya.

Punca penyakit anxiety


Tujuh perkara di bawah ini adalah faktor pemicu yang paling biasa menyebabkan penyakit anxiety:


#1 Pemakanan dan kafein


Pemakanan yang tidak seimbang boleh mempengaruhi mood dan meningkatkan kebimbangan. Misalnya, kekurangan vitamin B dan omega-3 boleh menyebabkan simptom kegelisahan muncul. Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah, yang kemudiannya menimbulkan rasa gelisah. Mengetahui jenis makanan yang meningkatkan atau mengurangkan kebimbangan dapat membantu dalam pengurusan mood harian anda.

kafein yang berlebihan juga boleh meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah
kafein yang berlebihan juga boleh meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah

#2 Persekitaran sosial dan hubungan interpersonal

Lingkungan sosial yang buruk, termasuklah hubungan yang toksik atau tekanan di tempat kerja, boleh mencetuskan kebimbangan. Kekurangan sokongan sosial atau berasa terpinggir juga boleh menyebabkan kegelisahan. Membina hubungan yang sihat dan mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga boleh membantu mengelakkan keadaan ini.

#3 Punca penyakit anxiety: Keadaan kesihatan fizikal

Kesihatan fizikal sememangnya berkait rapat dengan kesihatan mental anda. Penyakit kronik, kesakitan berterusan, atau kebimbangan tentang potensi masalah kesihatan juga boleh mencetuskan kebimbangan. Terdapat juga penyakit seperti tiroid hiperaktif yang boleh memicu gejala kegelisahan. Komunikasi secara terbuka dengan profesional kesihatan dapat membantu dalam pengurusan simptom ini.

#4 Masalah kewangan

Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama kebimbangan atau kegelisahan. Tekanan untuk membayar bil, kehilangan pekerjaan, atau pembayaran hutang boleh mengakibatkan kebimbangan kronik.

Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama kebimbangan atau kegelisahan.
Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama kebimbangan atau kegelisahan.

Pengurusan kewangan yang bijak seperti menyediakan bajet dan menyimpan wang simpanan, boleh membantu mengurangkan stres kewangan dan kebimbangan yang berkaitan.


#5 Punca penyakit anxiety: Bahan kimia dan ubat-ubatan

Penggunaan bahan kimia termasuklah alkohol dan dadah, boleh mencetuskan atau memburukkan lagi gejala penyakit anxiety. Ubat-ubatan seperti pil diet atau ubat yang mengandungi kafein juga boleh meningkatkan simptom kebimbangan. Sebaiknya, anda perlu berhenti atau mengurangkan penggunaan bahan-bahan ini dengan bantuan profesional kesihatan. Cara ini boleh membantu mengurangkan simptom anxiety daripada berlaku.

Ubat-ubatan seperti pil diet atau ubat yang mengandungi kafein juga boleh meningkatkan simptom kebimbangan
Ubat-ubatan seperti pil diet atau ubat yang mengandungi kafein juga boleh meningkatkan simptom kebimbangan

#6 Peristiwa traumatik

Pengalaman traumatik seperti kemalangan, peperangan, atau menjadi mangsa jenayah boleh meninggalkan kesan mendalam dan mencetuskan PTSD. PTSD merupakan antara jenis gangguan kegelisahan yang agak kuat. Terapi seperti EMDR boleh digunakan untuk merawat trauma dan mengurangkan simptom kebimbangan yang berkaitan.


#7 Kecenderungan genetik dan biokimia


Faktor genetik dan biokimia turut berperanan dalam risiko penyakit kebimbangan ini. Sejarah keluarga yang mempunyai gangguan kebimbangan, kecenderungan genetik, atau ketidakseimbangan kimia dalam otak boleh menjadi antara faktor risikonya. Namun, ia boleh dikendalikan dengan bantuan melalui ubat-ubatan atau terapi.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui 7 punca penyakit anxiety yang biasa berlaku. Ambil perhatian bahawa kebimbangan adalah respons kompleks yang dipengaruhi oleh banyak faktor. Ia boleh meliputi soal pemakanan dan hubungan sosial hingga kepada faktor kesihatan fizikal dan genetik. Pemahaman tentang apa yang menyebabkan kebimbangan adalah langkah penting dalam mengendalikannya. Dalam kebanyakan kes, bantuan daripada profesional kesihatan mental adalah penting dalam mencari pendekatan yang paling sesuai dan berkesan.

Sumber ; Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · 4 Ogos 2023 / hellodoktor.com


Apa Kata NETI? sama-samalah kita mengamalkan kehidupan yang lebih sihat, kalau korang ada info-info yang baik untuk dikongsi di semua platform media sosial kami, follow yer !!




Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
  • Instagram
  • X
  • White Facebook Icon

© 2023 Neti. A member of Arteffects Media Group

bottom of page