top of page

Amazfit Balance, Ada Zepp Pay boleh buat pembayaran macam Apple Pay

  • Aizat Jaafar
  • Sep 6, 2023
  • 2 min read

Amazfit Balance
Amazfit Balance

Amazfit ada satu produk jam tangan baharu. Nama diberi adalah Amazfit Balance. Tidaklah diketahui apakah signifikannya nama Balance pada produk ini tapi ia berkemungkinan besar merujuk kepada keseimbangan pada rupa paras kasual dengan ciri dalaman penjejak kesihatan yang dimilikinya.

Uniknya Amazfit Balance berbanding produk jam tangan mereka yang sedia ada adalah, Amazfit Balance hadir diperkasa Zepp OS 3.0 yang terbaharu. Ia juga adalah produk pertama Amazfit yang menyokong Zepp Pay, ciri pembayaran nir sentuh seperti Apple Pay, Google Pay, Garmin Pay, dan Samsung Pay.
Fizikaliti Amazfit Balance sangat mirip kepada Amazfit Cheetah
Fizikaliti Amazfit Balance sangat mirip kepada Amazfit Cheetah

Walau bagaimanapun, setakat ini, Malaysia tidak tersenarai dalam negara yang menyokong Zepp Pay. Harapan untuknya masuk agak tipis kerana Garmin Pay yang sudah berzaman ada dalam jam tangan Garmin tidak masuki Malaysia sampai ke sudah.

Fizikaliti Amazfit Balance sangat mirip kepada Amazfit Cheetah. Seperti biasa, jam tangan ini kalis air sehingga 5ATM dan ada dua butang fizikal di bahagian sisi badannya.

Satu lagi ciri unik jam tangan ini adalah pada kehadiran Bioelectric Impedance Sensor. Ini juga yang pertama dalam produk Amazfit dan menggunakan sensor ini, Amazfit Balance boleh menganggarkan metrik seperti Body Fat, Bone Mass, Skeletal Muscle, Protein, Muslce, BMI, Body Water Level, dan Basal Metabolisme.

Amazfit Balance ada Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 2.4Ghz
Amazfit Balance ada Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 2.4Ghz

Lain-lain sensor standard masih lagi hadir seperti produk-produk sebelumnya seperti BioTracker 5.0 PPG, Biometric Sensor, akselerometer, giroskop, sensor geomagnetik, tekanan udara, termometer, dan GPS dwijalur.

Daripada segi ketersambungan, Amazfit Balance ada Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 2.4Ghz. Ia juga ada storan dalaman yang boleh digunakan untuk menyimpan lagu untuk didengari kemudian hari menggunakan sambungan Bluetooth terus ke fon putik anda.

Amazfit Balance mampu beroperasi sehingga 14 hari dengan penggunaan kasual berbekalkan bateri 475mAh
Amazfit Balance mampu beroperasi sehingga 14 hari dengan penggunaan kasual berbekalkan bateri 475mAh

Daripada segi ketahanan bateri, Amazfit Balance dilapor mampu beroperasi sehingga 14 hari dengan penggunaan kasual berbekalkan bateri 475mAh. Pengecasan penuh mengambil masa kira-kira 2 jam. Harga untuk pasaran A.S adalah USD 229 (~RM1,066).



Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.


Apa kata Neti? Penggemar jam digital, sekarang kalian dah boleh beralih kepada Amazit Balance. Follow Sosial Media kami dan coretkan pengalaman anda.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Instagram
  • X
  • White Facebook Icon

© 2023 Neti. A member of Arteffects Media Group

bottom of page