top of page

Harum Setangkai Doa Dedikasi Inteam buat Allahyarham Suhaimi Saad

  • Aizat Jaafar
  • Jan 17, 2024
  • 2 min read

Kehilangan sahabat seperjuangan pastinya menimbulkan kesan yang sangat mendalam buat seseorang insan. Begitulah yang dirasakan oleh anggota-anggota kumpulan nasyid Inteam yang baru sahaja kehilangan sahabat baik mereka.


Poster Harum Setangkai Doa
Poster Harum Setangkai Doa

Allahyarham Suhaimi Saad bekas anggota Inteam sejak ditubuhkan sehingga 2005 telah pergi menghadap Ilahi pada 15 November 2023 yang lalu. Pemergian Allahyarham pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.


"Pemergian Allahyarham boleh dikatakan agak mengejut, beliau hanya sakit dalam tempoh lebih kurang 3 bulan, dan kami sempat menziarahi beliau di Johor ketika sakit beberapa minggu sebelum beliau menghadap Ilahi" ujar Syah, selaku ketua Kumpulan Inteam.



Syahril dan Rahim Inteam memberikan khidmat terakhir buat arwah suami.
Syahril dan Rahim Inteam memberikan khidmat terakhir buat arwah suami.


Ditanya kepada Abdul Rahim Inteam berkenaan pemergian Allahyarham Suhaimi, beliau menjawab "Walaupun sedih, kami redha dengan pemergian sahabat kami dan bersyukur kerana selepas kematian beliau banyak cerita-cerita dan pesanan kebaikan beliau yang disebarkan oleh masyarakat, semoga ia menjadi pahala jariah buat almarhum"

"Kami juga rasa sebak dan terharu kerana diberi keizinan oleh keluarga beliau untuk memandikan dan menguruskan jenazah almarhum sehinggalah selesai proses pengebumian" tambah Rahim lagi.

Manakala saudara Hazamin yang berada di Mekah ketika kejadian pula berkata;


"Sewaktu berita kematian beliau diterima, saya sedang berada di dalam keretapi laju dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah. Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi bila mengenangkan kenangan-kenangan sewaktu bersama almarhum dulu"

cerita Hazamin Inteam yang merupakan sahabat Suhaimi sejak dari sekolah menengah lagi.


"Alhamdulillah semasa di Mekah, saya sempat menunaikan ibadah umrah badal untuk Allahyarham sebagai hadiah untuk beliau" tambah Hazamin lagi.

Baru-baru ini, Inteam melancarkan single berjudul Harum Setangkai Doa sebagai dedikasi untuk sahabat mereka yang telah pergi ini. Lagu ini telah mendapat respon positif dari peminat yang rata-ratanya menulis komen menyatakan sedih dan menangis apabila mendengar lagu tersebut.


Lagu ciptaan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara ini dilancarkan pada 5 Januari lalu di rangkaian Youtube Inteam Digital dan seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, KKBox, Joox dan Apple Music.


Apa Kata NETI? marilah sama- sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Suhaimi Saad. al- Fatihah.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Instagram
  • X
  • White Facebook Icon

© 2023 Neti. A member of Arteffects Media Group

bottom of page